\
tertumpah atas tangan sudahlah.Mencantingni macam macam skill memegang canting yang digunakan pencanting batik,ada yang pegang hujung ,ada yang macam pegang pen,ada yang macam pegang pisaucukur dan macam macam lagi....pendekkata ikut sedaprasa masing ,masing lah.Lilin yang digunakan pula janganlah terlalu panas dan janganlah terlalu sejuk,kalau terlalu panas lilin akan kembang dan hasilnya kurang cantik atau kasar,nak pastikan lilin tu panaske tidak bila mencanting kalau lilin yang keluartu berbuih...ha panaslah tu.Lilin yang sejuk pula bila di canting diatas kain lilin tidak akan menyerap kebawah kain,ini akan mengakibatkan semasa proses mewarna,warna akan merebak kekawasan corak yain lain
Selepas siap mencanting,proses mewarna bolehlah dimulakan...biasanya lukisan batik diwarnakan mengikut teknik water colour...dari warna lembut,kepada warna gelap.Untuk mewarna lukisan batik biasanya mula mula warnakan dengan warna yanglembut pada kawasn yang tertentu,misalnya bahagian belakang objek utama.Ini kerana apabila bahagian tersebut kering ia akan dilukis(canting) semula dengan corak lain..selepas itu ia akan di warnakan semula dengan warna yang lebih gelap sedikit,begitulah seterusnya.
Langkah seterusnya warnakan objek utama dan selepas kering bolehlah ditambahkan lagi warna untuk menimbulkan atau mencantikkan lagi lukisan batik
Bila sudah siap bolehlah di fremkan dan dijual,setidak tidaknya dilekatkan didinding rumah sendiri sebagai hiasan...kalau tak pun sedekah aje pada orang lain,ada juga manafaatnya
SELAMAT MENCUBA............