Saturday, 29 December 2012

LUKISAN BATIK..........CUBALAH.

\

Lekatkan kain putih pada pemidang kayu,lepastu sketh lebih kurang ikut citarasa sendiri tak kisahlah flora maupun fauna.bila dah siap melakar bolehlah mula mencanting...panaskan lilin.Biasanya bancuhan lilin dengan rosin atau damar dikira mengikut jenis kain yang digunakan,kalau jenis sutera lebihkan lilin ,kalau kain jenis rayon atau cotton pula bolehlah lilin dan rosin sama banyak,bila lilin agak cair pula masukkan sedikit minyak ,tujuannya untuk melancarkan pergerakkan lilin yang dicanting
Bila lilin dah panas bolehlah mula mencanting ikut skil masing masing,asalkan lilin panas tidak
 tertumpah atas tangan sudahlah.Mencantingni macam macam skill memegang canting yang digunakan pencanting batik,ada yang pegang hujung ,ada yang macam pegang pen,ada yang macam pegang pisaucukur dan macam macam lagi....pendekkata ikut sedaprasa masing ,masing lah.Lilin yang digunakan pula janganlah terlalu panas dan janganlah terlalu  sejuk,kalau terlalu panas lilin akan kembang dan hasilnya kurang cantik atau kasar,nak pastikan lilin tu panaske tidak bila mencanting kalau lilin yang keluartu berbuih...ha panaslah tu.Lilin yang sejuk pula bila di canting diatas kain lilin tidak akan menyerap kebawah kain,ini akan mengakibatkan semasa proses mewarna,warna akan merebak kekawasan corak yain lain
Selepas siap mencanting,proses mewarna bolehlah dimulakan...biasanya lukisan batik diwarnakan mengikut teknik water colour...dari warna lembut,kepada warna gelap.Untuk mewarna lukisan batik biasanya mula mula warnakan dengan warna yanglembut pada kawasn yang tertentu,misalnya bahagian belakang objek utama.Ini kerana apabila bahagian tersebut kering ia akan dilukis(canting) semula dengan corak lain..selepas itu ia akan di warnakan semula dengan warna yang lebih gelap sedikit,begitulah seterusnya.
Langkah seterusnya warnakan objek utama dan selepas kering bolehlah ditambahkan lagi warna untuk menimbulkan atau mencantikkan lagi lukisan batik
Bila sudah siap bolehlah di fremkan dan dijual,setidak tidaknya dilekatkan didinding rumah sendiri sebagai hiasan...kalau tak pun sedekah aje pada orang lain,ada juga manafaatnya
                     SELAMAT MENCUBA............

2 comments:

  1. Salam Tuan, saya ingin meminta kebenaran untuk menggunakan gambar-gambar proses melukis batik dalam blog Tuan ini. Gambar tersebut untuk digunakan dalam sini animasi saya bertajuk 'Nadim, untuk episod 8 bertajuk: Batik. Jika Tuan bersetuju saya akan meletakkan kredit nama Tuan dalam animasi saya tu nanti. Jika Tuan tidak bersetuju saya tidak akan menggunakannya. Sekian Terima Kasih.

    ReplyDelete
  2. SILAKAN.........TAK ADA MASALAH,SAMA SAMA KITABERKONGSI ILMU.

    ReplyDelete