Wednesday 26 December 2012

BATIK itu SENI


 Kalau tengok orang melukis batik,kita akan merasakan 'ah senangnya melukis batik' tapi bila melukis sendiri baru kita akan mersakan sukarnya melukis batik.,
Kalau setakat pandai melukis dan sentiasa dapat markah tinggi dalam lukisan masa sekolah belum tentu dapat menghasilkan batik yang halus dan menarik.Melukis batik memerlukan segala galanya,melukis batik adalah gabungan kemahiran melukis.mengawal suhu lilin,minat,ketekunan,skill,teknik,penggunaan alat yang sesuai,sukatan bahan mentah yang betul dan segala-galanya
Melukis(mencanting)batik tak boleh silap kerana lilin yang dilukis tak dapat di padam lagi,kecuali di rebus aje kain tu buang semua corak yang dilukis.Biasa sebarang kesilapan misalnya lilin yang tertumpah akan dibaiki dengan tumpahkan atau renjiskan saja lilin biar nampak macam corak lilin tumpah....biasalah tu.
Mewarna pula kena cermat dan berhati hati,kalau cantingan halus dan corak menarikpun jika mewarna lebihkurang aje,akan membuatkan rekacorak kita menjadi tidak menarik,begitu juga sebaliknya kalau corak tidak menarikpun tetapi dengan warna yang menarik akan menjadikan hasil batik yang menarik
Melukis batik kena ada minat dan cinta pada batik,kalau sekadar untuk kewangan baik cari kerja lain kerana melukis batik yang hanya mengejar keuntungan semata mata hasilnya tidaklah sebaik batik yang dilukis dengan minat yang mendalam....Wallahhualam.
Pelukis batik ialah seorang yang penyabar kerana melukis sedikit demi sedikit menggunakan lilin panas untuk mencorakkan kain putih sepanjang 4meter,kalau lilin yang digunakan sejuk terpaksa tukarkan atau cedok lilin panas yang baru
Semakin lama kita melukis batik semakin bertambah kemahiran kita dan semakin berseni penghasilan kita.........tentunya semakin bernilai batik kita seterusnya semakin tinggi harganya....masyuuuukkk.

No comments:

Post a Comment